BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 5 June 2011

Inai + Wedding ring yang cantik!!!!

fall in love...again and again...

betul2 berminat sangat tengok inai cantik dengan wedding ring ni...kebetulan nampak kat blog yg kak amal follow, (baru je follow blog kak amal ni) gambar wedding ms yana and dia upload gmbar wedding ring tu dengan henna dia...cantik sangat..

You see??cantik tak...?jatuh cinta ce'....and then terfikir, nak send x pic ni kat Incik Neo..huhu..sebab incik neo dia paling tak suka inai2 ni..tapi try jela send and bagitau motif utama nak tunjuk gambar tu sebab cincin dia unik and cantik..hikhik! bak kata org cina, 'keke'..then apakah yang Incik Neo reply???jengjengjeng..

"cantik cincin tu, inai tu pun kemas je..x penuh sangat hiasannya..gambar sape tu?"

WAH!!!!Terharunya...Incik Neo memahami pulak kali ni..Alhamdulillah..uwaa..suka sangat inai ni + cincin tu..berangan jela sebab saya ni masih belum ber'plan2' nak tuuut..hehe..tapi memang hobi bab kumpul2 gambar inai + cincin + wedding2 matters ni...hehehe..

Saturday 4 June 2011

CASHFLOW yang Haru Biru...

Setelah 3 bulan saya bersama cash flow.....hmmm....

Lagi 2 hari nak kena setel down untuk gaji..bulan lepas time macamni dah agak relax sket sebab duit gaji untuk staff semua dh get ready dalam akaun... tapi bulan ni sales collection agak kritikal sket..sebabnya more than 50% total sales di conquer oleh one buyer ni yg memang agak liat nk membayar...hmm..geram n geram..walaupun duit tu bukan duit ce' tapi duit company tapi selagi ce' la yang bertanggungjawab dalam hal finance ni ce' ada juga hak untuk marah..short lg 400k...and kena doa 2 hari ni kena jugak ada sekurang2nya 200USD yg masuk..itupun after ambil kira duit yg dh di standby utk BA due Bank ...

kalau sesiapa dengar pun, macam agak kritikal je finance situation kat company sekarang..susah nak cakap sebab kita hanya orang bawahan..just follow and buat kerja yang dalam kemampuan kita je..

tapi...MANA BOLEH BUAT TAK TAHU BENDA YANG TERANG2 BERLAKU DEPAN MATA!!!!
hmm..nak marah tak boleh, tak marah pun tak boleh..penat la asyik fikir masalah yang sentiasa berulang-ulang tak ada penyelesaiannya.. nak give up je rasanya bila masalah tu datang..kadang2 terfikir, patutla dari dulu ayah suruh jadi cikgu...kerja dengan duit ni ibarat duit tu air..laju je mengalir walaupun baru je sekejap kita nampak..1 million, everytime i write down in the TT form or cheque, made me think, i've never have this amount even once in my life but Alhamdulillah...Allah still give me a chance to feel, see and manage this amount in my job's situation..

"macamane nak plan kalau duit kita sekejap je dah tak ada"...berkali-kali itu yang saya suarakan pada my bos when he said that i'm not concentrate on my cash flow planning.. sales collection actually ok, tp byk perkara yang under control menyebabkan ianya jadi makin worst dari hari ke sehari....pening + geram + penat = muka saya sekarang asyik berkerut tanpa sedar..

Sepanjang 3 bulan ni setiapkali kami berjaya melepasi cash flow, rasa macam lega sangat..tapi bulan 6 ni permulaanya terlalu berat..supplier masih boleh hold..tapi bab salary and bank tak boleh dibuat main..kadang2 hati meradang jugak sebab terpaksa menguruskan perkara yang bukan kita yang memulakan..
teringat perbualan dengan slah seorang colleague...one chinese lady..

She: Haja, u dah beranak banyak2, u kena pandai jaga u punya anak, semua mesti cukup makan
Me: Eh i tak pernah beranak..orang lain beranak i yang kena jaga..(sambil ketawa menahan rasa hati)

anak di sini bermaksud kilang..bayangkanla, setiap bulan ada 3 kilang baru yang saya perlu take care and spend duit..total up yg saya perlu spend utk mereka je dh lebih 500k..kadang2 geram pun ada..management yang sgt tak betul..macamane boleh bina kilang baru serentak dalam satu masa tanpa fikir panjang...belanja lebih banyak dari hasil..tapi macam yang  saya cakap, kita hanya orang bawahan, so just follow arahan...
tapi dalam hati tak henti2 memberontak..

Nak berhenti...dah selalu sangat perkara tu difikirkan..peluang kerja tu tak akan ada selagi kta tak usaha nak cuba..tapi..dah ready ke nak tinggalkan atuk and carik kerja kat luar??bila fikir yang satu ni sedih tu mesti akan datang...kadang2 malas nak cakap dengan incik Neo tentang masalah kerja sebab nanti balik2 dia akan pertikaikan kenapa saya tak nak kerja government..Incik Neo memang tak suka saya kerja kat company ni..dia cakap tak berbaloi saya belajar tinggi tapi gaji yang diterima x seiring dengan kerja yang saya buat.. tapi entahla sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu dan saya memang mula dari bawah..dari seremeh-remeh kerja seperti photostat, sampailah ke seberat-berat keputusan semuanya saya dapat buat...

One day..keputusan tu mungkin saya akan ambil..time tu saya kena redha berkorban...

SARAWAK oh SARAWAK (PART 3) - Langkawi???

hmm..hmm.."kita pergi Langkawi la, tak payah pergi Sarawak,nak tak??"

Assalamualaikum dah jadi nombor dua after incik neo lagi prefer nak tanya soalan tu sebaik sahaja saya menekan punat hijau di handphone. nasib baik tak 3G, kalau tak msti incik Neo dapat tengok muka saya yang berkerut + mulut ternganga tu..hmm...

PERGI LANGKAWI???SARAWAK KE LANGKAWI???

UWAAA..mestila nak pergi Langkawi..sebenarnya Sarawak third choice after Langkawi & Sabah..tapi sekarang offer Langkawi pulak lebih murah selepas tiket sarawak dah dibeli..hmm..dugaan lagi...tapi kalau nak pergi langkawi kena ambik flight dr KL and mcmne dgan dak AYU...huhuhuhu..saya pun blum tntu lepas naik KL sorg2..incik neo cakap pasal Langkawi mcm best pulak tapi tak boleh,kena tetap hati..ikut sepert yang diplan..SARAWAK...

haru biru hati + otak ni memikirkan...nak enjoy2 jadi something yg perlu difikirkan sgt pulak...hmm...sedih2..

SARAWAK oh SARAWAK (PART 2)- Firefly or Air Asia????

Incik Neo dah call Airasia and tiket ke SARAWAK from JB pergi dan balik cuma RM 50++ je??hahaha!..dugaan oh dugaan..tak kan la incik neo, ayu and saya nak ke sarawak pada hari dan waktu yang sama menaiki flight yg berbeza..hmm..incik neo kata burn je tiket firefly and saya dan ayu naik airasia bersama2..hmm..actually xla kisah sgt, coz tiket untuk ayu dah boleh diconsider..tapi tetiba incik neo beritahu yang kalau dia pergi  pun mungkin pergi dari KL coz 30 Jun tu hari khamis. Bila la pulak incik neo nak balik ke kampung dan ke JB semula then hari sabtu balik ke KL semula..tapi uwaa..incik neo tak kan nak biarkan saya yg xpernah pun masuk tol ni drive sorang2 ke JB...hukhukhuk!..

Sekarang dalam kepala ni perkataan 'cancel nak pergi bercuti' tu memang la langsung tak ada...dah byr siap hotel kot xkanla duit ce' nak burn mcmtu je disebabkan org lain yg rasanya mcm xkisah pun kalau dia xdpat pegi..hmm..satu lagi pengajaran..xpayahla bergantung sgt dgan orang lain dalam menentukan hala tuju diri sendiri..sebabnya kalau dah nama manusia, xkan ada istilah berkorban untuk orang lain...hmm..macam bengang pun ada tapi malas nak fikir..sekarang mud memang nak pergi bercuti + tak nak pk pasal keje yang makin hari makin buat ce' jadi nak giler!!

Doala rezeki murah sebelum pergi Sarawak ni..
Doa Incik Neo dapat cuti, dapat follow and dapat naik flight dari JB sama2...
Doa Ayu dapat cuti & tak keberatan teman saya pergi bercuti...
Doa segalanya berjalan lancar...AMIN....

SARAWAK oh SARAWAK...

Mula2 sedih...then bengang, then sekarang pening...yang penting mood nk bercuti yg dh di'plan' since april this year bertukar jadi mud xbest plak..ingatkan nak buat surprise pada si dia, tapi now dah x jadi surprise pulak..sebabnya plan nak pegi dengan orang lain tapi orang tu pulak tak dapat pergi and then sekarang tiket ke sarawak dari jb tu dh terang2 hanya aku sorang je yang confirm2 akan naik..tapi the problem is, aku xpenah pun naik flight + xpenah pegi sarawak + x penah drive pg JB sorang2...

nak tak nak kena la jugak beritahu 'incik neo' yang saya ade plan nak pg sarawak tapi x ade sape nak bawak..then since 2 minggu ni everytime start sms soalan yg dia akan tanya, "betul ke dah beli tket ni???"
Adoiyai...hmm...sekarang rasanya diri sendiri sedang dicabar dlm byk perkara..untuk drive sorang ke JB, then naik flight sorang ke Sarawak...tapi uwaaa...confident tu hanya di paras hidung je...hanya seorang je yang terfikir nak diajak sekali ke sarawak ni..AYU!!!!My Best fren..mungkin lagi senang sikit sebab flight pun dari JB and dia pun duk kat JB..cuma kna spend sket la nk belanja Ayu..nama pun dah ajak dia, xkanla pulak dia yang kuar semua duit...

Tapi...semalam survey tiket firefly, kalau nak beli sekarang tiket yang sama dengan aku, harga RM200+++...
Adeyh!!duit tu ada tapi sebenarnya itu duit emergency..macamane ni...tapi memang dah tekad nak ajak ayu..

So sekarang masih menunggu keputusan encik neo...walaupun rasanya dia tak akan boleh nak cuti time tu untuk follow kitaorang..sebabnye bos dia xde then kalau bos dia tak ada dia la yang kena jaga office..tapi di sudut hati masih berharap dia boleh dapat cuti tu...so takla kitaorang jadi rusa bila pergi sana nanti..huhuhu!

 

Kekasih...(Devotees)




Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu.....